NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan ...

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong
dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan
pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam
kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar
AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang
engkau bawa
itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan
ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang
dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya
yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari
terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal
melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu
dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi
kendinya yang ditegah oleh agama itu. 


Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini
berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat
sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh
Allah s.w.t. seketika itu juga
telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk
bertaubat, dan
Tuhan memberikan hidayah, sehingga
niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar
Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi
itu masih berisi khamar. 


Allah Taala
berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka
tidak diterima
Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga
hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka
Allah Taala tidak menerima solatnya selama
empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya
Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. 


Ketika ditanya, "Ya Rasulullah,
apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab
Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur
nanah orang ahli neraka ! "

Post a Comment

Follow Us

www.bloggeraceh.com

Hot in week

Recent

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item