Wahyu Terakhir kepada Nabi Muhammad SAW

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji pen...

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan
pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada
musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu
Rasulullah s.a.w. berada di Arafah
di atas unta. Ketika ayat ini turun
Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas
penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat
tersebut. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersandar pada
unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun
malaikat Jibril
a.s. dan berkata: 


"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada
hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang
diperintahkan oleh
Allah s.w.t. dan demikian juga apa
yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan
beritahu kepada mereka
bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."


Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah
s.a.w.
pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.
Setelah Rasulullah
s.a.w.
mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah
s.a.w.
pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh
malaikat Jibril
a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun
gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah
sempurna." 


Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah
s.a.w.
itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia
pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya.
Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu
Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka
berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka
berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis
sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab
agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat
maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak
tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu
bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah
akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut
bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah
s.a.w.
. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi
menjadi janda." 


Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah
mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis
dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat
yang lain, maka mereka pun terus memberitahu
Rasulullah s.a.w. tentang apa yang
mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para
sahabat, "Ya Rasulullah s.a.w., kami
baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang
menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar
keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka
Rasulullah s.a.w. dan dengan
bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di rumah
Abu Bakar ra. maka
Rasulullah s.a.w. melihat kesemua
mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu
semua menangis?." Kemudian Ali
ra. berkata, "YaRasulullah s.a.w.,
Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa
waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya
Rasulullah?." Lalu Rasulullah
s.a.w.
berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra.
adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua
telah dekat".


Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah
s.a.w.
, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia
jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada
Rasulullah s.a.w., 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada
tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul
saya atau hendak memukul unta
baginda." Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w.
sengaja memukul kamu." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata kepada
Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan
tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah
sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata,
"Rasulullah telah menyediakan
dirinya untuk dibalas [diqishash]." 


Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah
di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh
Rasulullah s.a.w. untuk mengambil
tongkat
beliau. "Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku
minta tongkatnya." Berkata Bilal
ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w.
telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi:
"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash
Rasulullah s.a.w.?" Bilal ra. tidak
menjawab
pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat
tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada
Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah
s.a.w.
menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau
pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. 


Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke
depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash
Rasulullah s.a.w. tetapi kamu
qishashlah kami berdua." Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar
kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata:
"Wahai Abu Bakar, Umar
duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah
s.w.t.

telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun,
lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada
di samping
Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu
pukullah aku dan janganlah kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah
s.a.w.
berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah
s.w.t.
telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah,
bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu
Rasulullah s.a.w., kalau kamu
menqishash kami sama dengan kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Mendengar
kata-kata cucunya
Rasulullah s.a.w. pun berkata,
"Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata
Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah
pukullah saya kalau kamu hendak memukul." 


Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah
s.a.w.
, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai
baju." Maka
Rasulullah s.a.w. pun membuka baju.
Setelah Rasulullah
s.a.w.
membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Setelah 'Ukasyah melihat tubuh
Rasulullah s.a.w. maka ia pun
mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya
Rasulullah s.a.w., siapakah yang
sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin
menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh
Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan
Allah
s.w.t.
menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian
Rasulullah
s.a.w.
berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu
hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah
bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat
genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah,
inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi
darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah
s.a.w.

di dalam syurga."


Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin
dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan
beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga
Allah s.w.t. mengasihi kamu semua,
saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua
hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada
Allah s.w.t. dan menempatkannya di
syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku,
Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah
menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain
Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu
kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan
mensolatkan aku ialah Allah s.w.t.,
kemudian yang akan
mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil,
malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan
semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian
secara berkelompok
bersolat ke atasku."


Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya
Rasulullah s.a.w. anda adalah
seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama
ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang
menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah
akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata,
"Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang
benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua
dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi
diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah
Al-Quran dan yang diam itu
ialah maut. Apabila ada
sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua
kembali kepada
Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."


Setelah Rasulullah s.a.w. berkata
demikian, maka sakit
Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam
bulan safar
Rasulullah s.a.w. sakit selama 18
hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab
diterangkan
bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada
hari
Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah
s.a.w.
bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan
subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah
Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal
ra. di rumah
Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun
memberi salam, "Assalaarnualaika ya
Rasulullah." Lalu dijawab oleh
Fathimah ra., "Rasulullah
s.a.w.
masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra.
mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke
masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh
hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah
Rasulullah s.a.w. dan memberi salam
seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh
Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah
s.a.w.
berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya
penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar
mengimamkan
solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar
kata-kata Rasulullah
s.a.w.
maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil
meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." 


Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu
Bakar tentang apa yang telah
Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar
kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia
jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan
sahabat dalam masjid, sehingga
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada
Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah
ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke
masjid." Kemudian
Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra.
dan Fadhl bin Abas ra., lalu
Rasulullah s.a.w. bersandar kepada
kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di masjid
maka Rasulullah
s.a.w.
pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah. 


Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah
s.a.w.

pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam
pertolongan dan pemeliharaan
Allah s.w.t., oleh itu hendaklah
kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mengerjakan segala
perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu
semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir
aku di dunia." Setelah berkata demikian maka
Rasulullah s.a.w. pun pulang ke
rumah beliau. Kemudian
Allah s.w.t. mewahyukan kepada
malaikat lzrail
a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik
rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu
melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke
rumahnya maka minta izinlah
terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke
rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu
kembali padaku." 


Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari
Allah
s.w.t.
maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang
Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah
Rasulullah s.a.w. maka ia pun
memberi salam,
"Assalaamu alaikum yaa ahla baitin
nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu
?"
(Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai
penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila
Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba
Allah, Rasulullah
s.a.w.
sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali
ini seruan malaikat itu telah didengar oleh
Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah
s.a.w.
bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah,
siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya
Rasulullah, ada seorang Arab badwi
memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya
bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya
dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai
Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab
Fathimah, "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta
meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi
setelah mengetahui
bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis
sepuas-puasnya. Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan
Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai
Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu
dengan aku." Kemudian
Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan
malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap,
"Assalamuaalaikum ya
Rasulullah." Lalu Rasulullah
s.a.w.
menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau
datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat
lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut
ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku
akan kembali." Berkata
Rasulullah s.a.w., "Wahai lzrail, di
manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan
Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak
beberapa lama kemudian Jibril
a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah
s.a.w.
.


Apabila Rasulullah s.a.w. melihat
kedatangan Jibril
a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu
bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s., "Ya aku tahu" Rasulullah
s.a.w.
bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku
kemuliaan yang menggembirakan aku disisi
Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s.,
"Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun
rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka,
dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata
Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah,
sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata
Jibril
a.s., "Allah s.w.t. telah berfirman
yang bermaksud,"Sesungguhnya aku telah
melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk
terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga
sebelum umatmu memasuki syurga."


Berkata Rasulullah s.a.w.:
"Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."
Kemudian Rasulullah
s.a.w.
berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku."
Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau
sampai pada pusat, maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s. mengalihkan
pandangan dari
Rasulullah s.a.w. apabila mendengar
kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril
a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril
a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah,
siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul
maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh
Rasulullah s.a.w. telah sampai di
dada beliau telah bersabda,"Aku wasiatkan
kepada kamu agar kamu semua menjaga
solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."


Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w.
ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua
bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya
dengan
Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku,
umatku." Telah bersabda
Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat
Jibril
a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad,
sesungguhnya
Allah s.w.t. telah menciptakan
sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang
selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan
dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan
tersebut akan menjadi batu."

Related

Islami 8899552857227398285

Post a Comment

Follow Us

www.bloggeraceh.com

Hot in week

Recent

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item